Monday, January 14, 2008

HERBA DAN KHASIATNYA

Lidah buaya

Nama saintifik: Aloe vera (L.) Bum.
Famili : Liliaceae

BOTANI TANAMAN

Pokok: Herba saka sukulen (berair) yang tumbuh sehinggga 45-50 cm tinggi.

Daun: Daun berisi (fleshy), berwarna hijau muda, teratur secara rosette dan dipenuhi dengan bintik-bintik bulat. Daun berbentuk lanceolate, hujungnya tajam, pangkalnya bersarung dan tepinya berduri.

Batang: Tiada batang tulen. Sarung daun yang berbentuk tubular berperanan sebagai batang palsu.

Bunga: Batang bunga boleh menjangkau 1m panjang yang berakhir dengan segugus bunga memanjang berwarna kuning oren kemerah-merahan yang melentur kebawah.

Akar/rizom: Rhizomenya tegap, berwarna puteh kehijauan dan mengeluarkan ubi. Setengah dari ubi mengeluarkan sulur yang akan membesar menjadi anak pokok.

BAHAGIAN POKOK YANG DIGUNAKAN: Daun

PENGUTIPAN HASIL

Kematangan tanaman: 6 bulan

Cara mengutip hasil: Dilakukan dengan tangan, bermula dari daun bawah, iaitu daun yang paling lebar dan terpanjang. Pokok kemudian dibiar tumbuh sehingga daun matang dari segi ketebalan dan saiz, untuk kutipan hasil berikutnya.

KEGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

1. Merawat kulit terbakar - sapukan isi daun yang berlendir kepada kawasan yang berkenaan.
2. Pencuci muka - sapukan getah dan isi daun yang berlendir.
3. Tonik untuk rambut - sapukan isi daun kepada rambut.

BAHAN INDUSTRI KIMIA YANG PENTING

1. Acemannan 2. Aloe-emodin
3. Cinnamic acid 4. Coumarin
5. Emodin 6. Folocin
7. p-coumaric acid 8. Rhein






Hempedu bumi, pokok cerita

Nama saintifik: Andrographis paniculata (Bum. f.) wall.ex Nees
Famili: Acanthaceae

BOTANI TANAMAN

Pokok: Herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm.

Daun: Daun berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Daun berbentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.

Batang: Batang bersegi empat dan mempunyai banyak dahan.

Bunga: Bunga terdapat di ‘panicle’ penghujung dan axillary yang berukuran 2-5 cm panjang. Bunga adalah ‘bisexual’, panjangnya 1.2 cm, tidak berbau dan tidak mempunyai bentuk tertentu. Terdapat 5 sepal separa bercantum yang berwarna hijau yang diselaputi dengan rerambut. Kelopak bunga berwarna putih berbintik ungu, lebih kurang 1.1 cm panjang dan juga di selaputi dengan rerambut halus. Terdapat 2 stamen yang bersatu di ‘anthers’. Filamen adalah leper dan berambut. Terdapat hanya satu style berbentuk filliform dengan stigma berbentuk silinder.

BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN: Daun

PENGUTIPAN HASIL

Kematangan tanaman: 2 bulan

Cara mengutip hasil: Bahagian pokok di atas permukaan tanah di tuai secara manual sebelum pokok berbunga. Kutipan hasil berikutnya dilakukan selepas 1.5-2 bulan.

KEGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

Tekanan darah tinggi: air rebusan daun diminum
Kencing manis: air rebusan daun diminum
Kulit gatal dan gigitan serangga: daun ditumbuk dan disapukan pada tempat berkenaan.

BAHAN INDUSTRI KIMIA YANG PENTING

1. Andrographiside 2. Andrographolide
3. Neoandrographolide





Pegaga

Nama saintifik : Centella asiatica (L.) Urban.
Famili: Umbelliferae/ Apiaceae

BOTANI TANAMAN

Pokok: Pegaga ialah herba jenis merayap yang kecil dan hidup semusim.

Daun: Daunnya panjang, berbentuk ginjal dan bulat di hujung. Tekstur daun licin dan tangkai daun panjang (lebih kurang 20 cm).

Batang: Batang jenis merayap (stolons), berwarna hijau kemerahan, melilit antara satu sama lain.

Bunga: Bunga berwarna merah jambu kemerah-merahan, muncul dalam jambak kecil yang bulat berhampiran dengan permukaan bumi. Setiap bunga dilinkupi oleh 2 ‘bracts’ berwarna hijau. Bunga jenis ‘hermaphrodite’, kecil (kurang dari 3 mm) dan setiap bunga mempunyai 5 stamen dan 2 style.

Akar/rizom: Akar pegaga terdiri dari rizom yang menjalar lurus kebawah. Rizom berwarna kekuningan dan diselaputi dengan rerambut.

BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN: Seluruh pokok

PENUAIAN HASIL

Kematangan tanaman: 3 bulan

Cara mengutip hasil: Secara manual.

KEGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

Awet muda: daun dimakan mentah sebagai salad.
Tekanan darah tinggi : air rebusan diminum
Tonik: air rebusan atau jus daun diminum
Luka ulcer: pupuk pegaga disapukan untuk merawat luka.

BAHAN INDUSTRI KIMIA YANG PENTING

1. Asiatic acid 2. Asiaticoside
3. Madecassic acid 4. Madecassoside



Kunyit

Nama sintifik: Curcuma domestica Loir.
Famili: Zingiberaceae


BOTANI TANAMAN

Pokok: Kunyit ialah herba saka yang tingginya boleh mencapai sehingga 1 m.

Daun: Daun tumbuh berumpun, tersusun secara berselang seli, berwarman hijau muda dan agak lembut. Daun licin, berbentuk bujur-tirus dan tepi daun tidak putus.

Batang: Tiada batang tulen. Sarung daun berperanan sebagai patang palsu.

Akar/rizom: Rizomnya mampat, berisi dan bercabang dalam sudut tepat bagi membentuk himpunan yang padat. Rizom ini bertaroma, kulitnya berwarna oren-coklat dan bahagian isi berwarna oren-cerah. Bahagian tuber juga berisi, berwarna putih dan tumbuh lurus ke bawah.

BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN: Rizom

PENUAIAN HASIL

Kematangan tanaman: 9 - 10 bulan

Cara mengutip hasil: Dibuat secara manual.


KEGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

Bahan kecantikan: kunyit digunakan sebagai bahan kecantikan dalam istiadat tradisional
Lebam, terkehel dan luka: kunyit dicampur dengan minyak disapukan pada bahagian berkenaan.
Selesema: kunyit direbus dengan susu dan gula kemudian diminum.
Merangsang pengeluaran susu: pupuk kunyit disapukan pada payudara

BAHAN INDUSTRI KIMIA YANG PENTING
1. Caffeic acid 2. curcumin
3. p-coumaric acid 4. turmerin




Serai wangi

Nama saintifik: Cymbopogon nardus (L.) rendle
Famili: Graminae

BOTANI TANAMAN

Pokok: Serai wangi ialah rumput saka yang tinggi dan berbau wangi. Ia mengeluarkan rumpun daun yang lebat daripada rizom yang padat dan boleh membesar sehingga 1-1.5 m tinggi.

Daun: daun sesil yang berwarna hijau dan licin. Purata saiz ialah 60 cm panjang x 2.5 cm lebar. Hujung daun adalah runcing.

Batang: Tiada batang tulen. Sarung daun berperanan sebagai batang palsu.

Akar/rizom: Rizom padat dan merayap. Berwarna kekuningan.

BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN: Daun

PENUAIAN HASIL

Kematangan tanaman: 2.5 - 3 bulan

Cara mengutip hasil: Bahagian hasil dikerat 5 cm atas pada batang palsu. Daun dijemur layu sehingga kandungan air dikurangkan sebanyak 30-50 % sebelum diproses untuk mengeluarkan pati minyak. Kutipan hasil berikutnya dilakukan selepas jangkamasa 1.5 bulan.

KEGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

Sakit perut: minyak pati disapukan untuk melegakan kesakitan
Menghalau serangga: daun kering digunakan sebagai penghalau serangga
Cucian selepas bersalin: gunakan gandingan air rebusan serai wangi, gandarusa dan daun sirih.

BAHAN INDUSTRI KIMIA YANG PENTING

1. Caryophyllene 2. citronellol




Tongkat ali

Nama saintifik: Eurycoma longifolia Jack.
Famili: Simaroubaceae

BOTANI TANAMAN

Pokok: Pokok tongkat ali boleh mencapai ketinggian sehingga 10 m di dalam rimbunan hutan tanah rendah.

Daun: Daunnya rimbun pada hujung batang dan boleh mencapai 1 m panjang. Daun baru tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Berwarna hijau tua, berbentuk bujur-tirus dan tepi daun rata.

Batang: Kebanyakan pokok ini tidak bercabang, kalau bercabang pun terlalu sedikit iaitu satu atau dua cabang sahaja. Hujung batang pada kebiasaannya berwarna oren.

Bunga: Bunga tersusun padat pada tangkai yang bercabang, yang keluar dari pangkal daun. Tangkai daun panjang (60-70 cm) dan berbulu. Calyx berwarna hijau. Terdapat 5 ‘corolla lobes’ berbentuk bujur-tirus dan berwarna merah.

BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN: Akar


KEGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

Afrodisiak: Air rebusan akar diminum
Tonic biasa: Air rebusan akar diminum
Malaria: Air rebusan akar diminum

BAHAN INDUSTRI KIMIA YANG PENTING
1. Eurycomanone 2. eurycomalactone
3. Eurycomanol






Cekur

Nama Saintifik: Kaempferia galanga Linn
Famili: Zingiberaceae

BOTANI TANAMAN

Pokok: Cekur ialah sejenis herba yang renek yang tumbuh melebar di atas tanah.

Daun: Daun tersusun dalam pasangan yang bertentangan dan tumbuh padat. Daun licin dan berbentuk bujur-tirus. Hujung daun agak runcing. Daun berukuran lebih kurang 16 cm panjang dan 8 cm lebar. Daun atasan membesar sempurna sementara daun bawahan tinggal sebagai scales. Daun mempunyai sedikit aroma.

Batang: Cekur tidak mempunyai batang.

Bunga: Bunga berwarna putih-ungu tumbuh secara sendirian di tengah-tengah pokok.

Akar/rizom: Rizomnya bercabang-cabang, beraroma dan isinya berwarna kuning-oren. Ubi akar yang keluar dari rizom adalah panjang, berisi, beraroma dan tidak bercabang.

BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN: rizom

PENUAIAN HASIL

Kematangan: 6 bulan

Cara mengutip hasil: Rizom dituai secara manual apabila daun-daun mula kering.

KEGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

Kentut berlebihan: Rizom disapukan pada perut
Bahan perisa: Rizom dimasak bersama nasi untuk menambah rasa
3. Tonik: Air rebusan rizom diminum





Pokok Tea

Nama Saintifik: Melaleuca alternifolia Cheel.
Famili: Myrtaceae


BOTANI TANAMAN

Pokok: Pokok tea ialah tanaman saka yang boleh mencapai ketinggian sehingga 4 cm apabila tumbuh liar. Pokok ini ditanam bagi mendapatkan minyaknya. Di Malaysia pokok ini jarang berbunga.

Daun: Daun tersusun seperti bunga mawar dan berwarna hijau. Saiz daun kecil, 1.3 cm panjang x 1.0-2.0 mm lebar. Daun licin dan beraroma. Tangkai daun berwarna kekuningan, berbentuk leper seperti pisau.

Batang: Batang berwarna oren dan disaluti dengan kulit yang senang terkupas. Batang penuh bercabang dan setiap ranting yang berwarna kelabu dipenuhi dengan rimbunan daun-daun kecil.

BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN: Daun


KEGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

Luka: pupukan daun disapukan pada luka
Jerawat, luka ulcers: Daun digosokkan pada bahagian kulit berkenaan

BAHAN INDUSTRI KIMIA YANG PENTING

1. Caryophyllene 2. cineole
3. myrcene, p-cymene



Mengkudu

Nama Saintifik: Morinda citrifolia Linn.
Famili: Rubiaceae


BOTANI TANAMAN

Pokok: Mengkudu ialah pokok malar hijau dengan silara berbentuk kun, tumbuh setinggi 7 m.

Daun: Daun tersusun dalam pasangan yang bertentangan, dan berbentuk bujur-tirus. Daun berwarma hijau tua berkilat, licin dan hujungnya runcing. Purata ukuran daun ialah 30-35 cm panjang dan 13-15 cm lebar. Di setiap pankal tangkai daun terdapat ketumbuhan berbentuk seperti lidah berwarna hijau berukuran lebih kurang 1.5 cm panjang.
Batang: Kulit batang pokok berwarna kelabu dan mempunyai dahan empat segi.

Bunga: Jambak bunga tumbuh pada batang yang bentuknya menyerupai ketuat. Bunga adalah bisexual dan berbau wangi.

Buah: Buahnya berisi, jenis drup yang tidak sekata dan berbentuk bujur. Apabila masak buahnya berubah warna menjadi krim keputih-putihan.

BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN: Buah, daun dan akar


KEGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

Meransang haid: Buah yang masak dimakan
Meningkatkan pengaliran haid: Air rebusan akar diminum
Kencing manis: Jus buah segar di minum
Pencuci rambut: Pulpa buah disapukan pada rambut

BAHAN INDUSTRI KIMIA YANG PENTING

1. Alizarin 2. Asperuloside





Kemangi

Nama saintifik: Ocimum sanctum Linn
Famili: Lamiaceae /Labiatae


BOTANI TANAMAN

Pokok: Kemangi ialah pokok renek herba yang beraroma dan tumbuh bercabang-cabang.

Daun: Daun beraroma dan tersusun dalam pasangan yang bertentangan kepada pasangan yang di atas atau dibawah. Daun berwarna hijau ke hijau tua. Daun berbentuk bujur telur, tepi daun berjereja dan hujung daun runcing.

Batang: Batang empat segi, bercabang-cabang dan berbulu.

Bunga: Bunga terdapat dipenhujung batang. Bunga jenis hermafrodit, 5-7 mm panjang, berbau wangi.

BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN: Daun, biji dan akar

PENUAIAN HASIL

Kematangan: 3 bulan

Cara mengutip hasil: bahagian atasan pokok dipotong 20-25 cm dari permukaan bumi secara manual. Kutipan hasil berikutnya dilakukan selepas 2-3 bulan.

KEGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

Masalah pernafasan, batuk, bronchitis kronik: Air rebusan daun diminum
Masalah gastrik: Air rendaman daun diminum
Lelah: Jus daun diminum

BAHAN INDUSTRI KIMIA YANG PENTING

1. Carvacrol 2. ursolic acid
4. Essential oil





Misai kucing

Nama Saintifik: Orthosiphon stamineus, Benth
Famili: Lamiaceae


BOTANI TANAMAN

Pokok: Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketiunggian 1.5 m.

Daun: Daun tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan.

Batang: Batang empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Bunga: Bunga terdapat pada ‘verticils’ lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN: Daun

PENUAIAN

Kematangan tanaman: 3 - 4 bulan setelah diubah ke ladang.


KEGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

Radang pundi kencing : Air rebusan daun diminum
Kencing manis: Air rebusan daun diminum





Dukung anak

Nama Saintifik: Phyllanthus niruri Linn.
Famili: Euphorbiaceae


BOTANI TANAMAN

Pokok: Dukung anak ialah herba semusim yang kecil, tumbuh sehingga 50-70 cm tinggi.

Daun: Daun jenis majmuk bipinat. Daun kecil berwarna hijau tersusun berselang-seli berukuran 6-10 mm. Tiada tangkai daun tetapi terdapat tangkai daun majmuk yang berwarna hijau.

Batang: Batang licin berwarna hijau, tumbuh tegak dan bercabang terbuka.

Bunga: Bunga muncul bersendirian di bawah daun. Bract berbentuk tiga segi, bersisik dan setiap bract memegang satu bunga. Ada dua jenis bunga; jantan dan betina, kedua-duanya tersangat kecil, berukuran hanya 1 mm panjang.

BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN: Keseluruhan herba


KEGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

Masalah ginjal: Air rebusan atau jus daun dan akar diminum
Batuk: Air rebusan daun muda diminum
Luka, lebam dan luka ulcers: Pupukan daun disapukan pada bahagian yang berkenaan

BAHAN INDUSTRI KIMIA YANG PENTING

1. Geraniin 2. Niruriside
3. Phyllanthin 4. Rutin









Nilam

Nama saintifik: Pogostemon cablin (Blanco) Benth.
Famili: Lamiaceae


BOTANI TANAMAN

Pokok: Nilam ialah tanaman herba semusim yang hidup tegak bercabang-cabang setinggi 2-3 kaki. Pokok ini tidak berbunga di Malaysia.

Daun: Daun tersusun dalam pasangan yang bertentangan, berwarna hijau dan mempunyai bentuk bujur telur. Daun berukuran lebih kurang 10 cm panjang dan 8 cm lebar. Hujung daun runcing. Tangkai daun berwarna hijau kemerah-merahan berukuran lebih kurang 4 cm panjang dan berbulu.

Batang: Batang berwarna seperti ungu, empat segi, bercabang-cabang dan berbulu.

BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN: Daun, akar

PENUAIAN

Kematangan: 6 bulan

Cara mengutip hasil: Pokok di cantas lebih kurang 20 cm atas permukaan tanah. Kutipan hasil seeloknya dilakukan pada musim kering apabila kandungan minyak lebih tinggi. Kutipan hasil berikutnya boleh dilakukan setelah 3-4 bulan.

KEGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

Batuk, asma: Air rebusan atau jus daun diminum
Rheumatism: Losyen diperbuat dari akar dan disapukan pada bahagian yang berkenaan
Bisul, pening kepala: Pupukan daun disapukan pada bahagian yang berkenaan

BAHAN INDUSTRI KIMIA YANG PENTING

1. Patchouli alcohol 2. Patchouli camphor
3. Cadinene 4. Benzaldehyde5. Eugenol

No comments: