Monday, January 14, 2008

"Ke Arah Merealisasikan Perubatan JAWI"

DETOKSIFIKASI

Detoksifikasi adalah proses penyingkiran himpunan toksid yang terkumpul di dalam tubuh badan terutamanya di hati, kolon, ginjal, darah dan sistem limfotik.

MENGAPA PERLU DETOKSIFIKASI

Tubuh manusia secara fitrahnya mempunyai kekuatan dalaman yang mampu mengawal
kesihatan diri, tetapi mekanisme ini tidak akan berfungsi apabila tubuh anda telah dilonggokkan dengan terlalu banyak himpunan toksid. Keadaan menjadi semakin serius apabila toksid ini tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna dan badan juga tidak mendapat zat nutrien yang secukupnya (40 jenis nutrien).
Kehadiran toksid inilah yang menyebabkan gejala seperti:
mudah letih
mengantuk
sembelit
darah tinggi
gula dalam darah
serangan jantung
sakit-sakit sendi
kegemuruhan
kebimbangan
cepat marah
kegagalan buah pinggang

PUNCA KERACUNAN
1. Faktor pemakanan
Makanan siap-proses (segera) dipenuhi dengan kimia merbahaya seperti bahan awet, pewarna, perasa tiruan dll.
2. Faktor pencemaran
Udara beracun akibat pencemaran asap daripada kilang-kilang, kenderaan, sementara air dicemari melalui pembuangan sisa toksid dan sebagainya.
3. Hasil pertanian yang beracun
Penggunaan racun rumpai, racun serangga dan baja kimia.
4. Gaya hidup
diet yang tidak seimbang dan teratur
merokok, minum minuman keras
pengambilan ubat yang mengandungi dadah
tidak beriadah

KESAN KERACUNAN
sistem imuniti merosot
bertambahnya penyakit pada usia muda
kadar kesuburan yang rendah dengan kerosakan sperma
kemerosotan IQ dan berlakunya tekanan mental
penyakit yang ada tidak upaya disembuhkan

PROGRAM DETOKSIFIKASI HPA
Program ini bertujuan untuk memantapkan kesihatan dengan permbersihan tubuh daripada toksid disamping menyediakan zat makanan yang diperlukan melalui pengambilan herba ubatan. Bila sesuatu sel dipenuhi dengan toksid, ia akan menjadi lemah dan tidak berupaya mengeluarkan toksid dan bahan buangan. Oleh itu proses pembersihan ini akan meningkatkan keupayaan tersebut.

1. Detoksifikasi Hati
Hati merupakan organ terbesar pada tubuh dan sudah tentu ia mempunyai banyak fungsi penting untuk kesihatan badan. Setiap fungsi hati saling berkaitan diantara satu sama lain, jika satu fungsinya terganggu, ia akan menjejaskan sistem tubuh yang lain dan kegagalan fungsi hati akan mengakibatkan pelbagai komplikasi atau kesan buruk.

TEH HERBA mengandungi 100% bahan aktif PEGAGA yang dikenali sebagai asiatikosida. Rasanya yang pahit bertindak sebagai detok yang terbaik di hati. Hati yang berfungsi akan memusnahkan bahan toksid dalam tubuh seperti ubatan kimia, alkohol dan dadah. Hati akan menyaring dan menukarkan bahan ini untuk dikitar semula atau dikeluarkan daripada tubuh.
2. Detoksifikasi Kolon (Usus)
Amat penting bagi kita memberi perhatian kepada penjagaan usus. Usus besar yang sihat akan menghapuskan toksid yang terhasil dan dapat dikeluarkan dengan secepat mungkin. Jika tidak dikeluarkan segera, ia akan menyerap ke dalam sistem edaran darah dan seterusnya disimpan di dalam badan. Proses ini dipanggil autointoksikasi.

SPIRULINA mempunyai klorofil dan serat 2 kali ganda daripada alfafa yang boleh membantu menghapuskan toksid, logam berat dan sembelit. Disamping itu juga, SPIRULINA mempunyai vitamin B kompleks untuk merangsang pergerakan usus.
3. Detoksifikasi Ginjal
Setiap gangguan atau "over-work" pada ginjal akan mengakibatkan ginjal terganggu fungsinya. Salah satunya ialah berlaku peradangan pada glomeruli. Ini menyebabkan aliran darah ke ginjal sebagai alat penyaring sisa toksid yang membahayakan tubuh menurun sehingga 50%. Pembuangan air kecil akan berkurangan sehingga separuh daripada pengeluaran normal.

MALAC merupakan herba diuretik yang akan merangsang pengeluaran air kecil serta mempunyai kesan anti-peradangan. Selain daripada menghilangkan peradangan di buah pinggang, ia juga mengurangkan peradangan prostate serta mengelakkan berlakunya pembentukan batu karang di buah pinggang.
4. Detoksifikasi Darah
Manusia umumnya mempunyai lebih kurang 5 liter darah, tetapi isipadunya bergantung kepada faktor umur, jantina, bangsa, diet, ketinggian dan berat badan. Darah mengangkut oksigen kepada tisu-tisu badan dan mengangkut keluar bahan buangan.

OMEGA-3 berperanan meningkatkan sistem imuniti tubuh. Ia juga digunakan dengan efektif untuk masalah Irritable Bowel Syndrom (IBS) seperti spastic colon dan mukos colitis termasuklah masalah skencin. OMEGA-3 dan serat secara bersama mewujudkan keadaan baik pada bowel. Ia juga akan meningkatkan fungsi sistem imuniti.
Kandungan EPA yang terdapat dalam OMEGA-3 akan bertindak ke atas himpunan lemak yang terdapat di saluran arteri. Arteri dibersihkan dan seseorang itu akan terhindar daripada arteriosclorosis dan tidak perlu menjalani pembedahan coronary bypass bagi membaiki sistem peredaran darah. OMEGA-3 juga berperanan untuk mencairkan darah dan dengan itu peredaran darah akan menjadi lebih lancar.
5. Detoksifikasi Sistem Limfotik
Sistem limfotik adalah mekanisme imunisasi yang penting dalam tubuh di mana pembuluh dan nodus limfa membentuk jaringan unik ini. Nodus limfa tersusun secara berkelompok di sekeliling tubuh, termasuk bahagian leher, ketiak dan groin. Tanpa sistem limfa, kita tidak mampu bertahan lama. Sisa
buangan dalam tubuh yang tidak dapat disingkirkan akan menimbun dan seterusnya menyebabkan komplikasi dan kematian.
Dengan menggunakan

MINYAK BUT-BUT sambil mengurut di bahagian ketiak, leher, dada dan saliran di pangkal peha, kita sebenarnya mengalirkan cairan limfa ke nodus untuk dimusnahkan oleh sel-sel limfotik

Tanda-Tanda Detoksifikasi

Tanda-tanda ini menunjukkan keberkesanan herba melakukan proses detoksifikasi. Ia bukan kesan sampingan tetapi merupakan proses kesembuhan sedang bermula dan herba sedang melakukan proses penyingkiran toksid. Tanda-tanda ini tidak lama jika kita terus menggunakan herba ubatan dan ingatlah bahawa pengubatan yang tidak dimulai dengan proses detoksifikasi sukar untuk disembuhkan.
Sakit kepala terutama di belakang.
Keluar penyakit kulit.
Sakit pinggang.
Batuk dan berkahak.
Demam sedikit.
Selsema.
Sakit sendi dan kaki.
Muntah dan loya.

SAKIT
Tubuh manusia secara fitrahnya mempunyai kekuatan dalaman yang mampu mengawal kesihatan diri, tetapi mekanisme ini tidak akan berfungsi apabila tubuh dilonggokkan dengan terlalu banyak himpunan toksid. Keadaan menjadi semakin serius apabila toksid ini tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna dan badan juga tidak mendapat zat nutrien yang secukupnya.
Sakit itu merupakan usaha tubuh melenyapkan sisa-sisa beracun dalam badan. Badan menjadi keracunan (toxemia) akibat daripada bertimbunnya sampah metabolisma, secara universal diakui sebagai sumber penyakit.
Jadi untuk tujuan rawatan, bukan penyakit yang harus diubati tetapi badan itu sendiri yang harus dibersihkan daripada racun-racun yang bertimbun itu.
Beberapa tanda permulaan menunjukkan badan kita tidak bersih iaitu ketika bangun pagi seperti:

berkahak
hidung berhingus dan tersumbat
warna kulit tidak bercahaya
bau badan keterlaluan
pening
kembung
sakit kepala
perut sebu
kurang nafsu makan
mata merah
banyak peluh
Apabila ada tanda-tanda tersebut segeralah membuat pembersihan badan (DETOKSIFIKASI) jika dibiarkan berlarutan boleh mengakibatkan kemampuan mental terganggu, sakit kepala, sakit punggung, rabun, anggota tubuh menggeletar, rasa letih, sakit pada sendi-sendi, telinga berdengung, batuk-batuk dan sangat peka pada debu.


PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH KOTORAN
1. Bisul-bisul di kulit
Darah cuba menghilangkan racun yang terkumpul melalui kulit dengan membentuk jerawat, bisul dan lain-lain.
2. Kembung perut, sendawa dan buasir
Makanan yang membusuk di dalam tubuh akan membentuk gas yang busuk dan sebahagian terserap dalam darah mengakibatkan keracunan darah.
3. Sembelit
Sembelit atau tersumbatnya usus oleh sampah toksid merupakan salah satu penyebab pelbagai penyakit.
4. Panas badan
Panas badan keterlaluan terjadi bila butir-butir darah putih berperang melawan racun di dalam badan.
5. Batu karang
Batu-batu ini merupakan kristal-kristal beracun yang berkumpul di dalam pundi kencing dan buah pinggang.
6. Tekanan darah tinggi
Apabila kotoran beracun dan zat lemak melekat di dinding bahagian pembuluh darah maka kotoran itu menyumbat aliran darah. Otot jantung harus bekerja keras untuk mengepam darah melalui pembuluh yang sempit.
7. Gangguan emosi dan mental
Badan yang terlalu berat dengan kotoran beracun, tidak mampu mengirim oksigen ke otak. Bahkan, otak juga penuh dengan kotoran beracun dan akibatnya terjadi gangguan emosi.
8. Arthiritis
Setiap tulang dalam persendian, dibungkus dengan cartilage dan apabila asid berkumpul di dalam cairan sendi, sendi akan membengkak dan cartilage menjadi kering serta rapuh.
9. Alergi dan athma
Kerana adanya racun di dalam tubuh, dinding berlendir yang melapisi pipa-pipa pernafasan ini penuh dengan kotoran akan teransang dan membengkak untuk meneuteralkan enzim histermin akan merangsang reaksi alergi - bersin, batuk, hidung dan mata berair.
10. Penyakit hati
Hati juga tersumbat dengan kotoran dan tidak dapat bekerja dengan baik untuk mengeluarkan hempedu bagi mencernakan zat lemak di dalam makanan.
11. Penyakit gigi
Kotoran beracun akan melarutkan lapisan enemal paling luar dan menghancurkan gigi dalam.
" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya"Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:"Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah"
Syukur kepada Allah S.W.T yang telah mengurniakan nikmatNYA kepada kita semua.Semuga diberiNYA kekuatan kepada kita semua untuk memeliharanya

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

SET PEMAKANAN ASAS HPA

SET PEMAKANAN BERASASKAN SISTEM TUBUH

" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya"Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:"Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah"
SET PEMAKANAN LELAKI / WANITA SIHAT
Sepatutnya seorang lelaki itu berfikir tentang kesihatan , kekuatan serta terhindar daripada penyakit. Tanggungjawab sebagai suami dan ayah memerlukan tenaga dan kesihatan. HPA mengemukakan SET PEMAKANAN yang sepatutnya menjadi amalan seorang lelaki untuk penjagaan organ-organ penting seperti jantung, ginjal, hati, otak dan lain-lain. Penyakit yang berpunca daripada masalah 'Radikal Bebas' hanya mampu diatasi melalui pemakanan herba yang mengandungi bahan anti-oksidan.
Bagi seorang wanita kesihatan lebih-lebih lagi diperlukan. Wanita yang sering dikaitkan dengan penyakit-penyakit degeneratif wajar mengambil herba sebagai pencegahan penyakit.

1. Teh Herba
Daripada ulaman pegaga yang kaya dengan mineral.
2. Tuju Angin
Daripada herba karminatif untuk penghadaman.
3. Radix
Daripada pokok Tongkat Ali untuk depuratif.
4. Malac
Daripada herba diuretik untuk kesihatan ginjal.
5. Paramaria Plus
Daripada pokok serapat untuk kesihatan wanita.
6. Keputihan
Menghilangkan masalah keputihan.

Sinergi Cadangan
LELAKI :) Teh Herba + Tuju Angin + Radix + Malac
Wanita :) Teh Herba + Tuju Angin + Paramaria + Radix
(Senggugut + Keputihan) - Jika Ada

FAEDAH MENGAMALKAN SET LELAKI / WANITA SIHAT
1. Melambatkan proses penuaan (awet muda)
2. Memberi tenaga yang mantap dan berterusan kepada tubuh
3. Mencegah daripada penyakit-penyakit kronik dan berbahaya
4. Bebas daripada penggunaan ubat kimiawi / ubatan moden yang boleh mendatangkan kesan sampingan
5. Memperkukuhkan daya imuniti (ketahanan badan)
6. Menghilangkan gangguan yang terdapat pada tubuh seperti kebas dan sejuk kaki tangan, lenguh sendi dan otot, sakit kepala, perjalanan haid tidak teratur, kekurangan hormon, senggugut, cepat lupa, keletihan,kurang selera makan, kulit kasar, gangguan penglihatan, masalah saraf, kencing tak lawas, sembelit dan lain-lain lagi.
SISTEM TUBUH
Kesihatan tubuh badan samada dari segi jasmani mahupun rohani, adalah merupakan satu anugerah Allah SWT yang tidak ternilai harganya. Bila kesihatan terjejas, maka banyak perkara akan terganggu seperti masa kerja, mutu kerja dan juga melibatkan kerugian kewangan yang agak besar akibat kos perawatan. Saranan "mencegah penyakit adalah lebih baik dari berubat" adalah diantara pegangan mereka yang mempunyai kesedaran tentang nilai kesihatan.
Diantara cara untuk memastikan tubuh badan seseorang sentiasa sihat ialah dengan mengambil pendekatan melakukan langkah pencegahan iaitu dengan pengamalan herba-herba alami yang diluluskan terhadap beberapa sistem yang di dapati dalam tubuh manusia itu seperti di dalam carta di bawah ini. Semuga dengan niat yang betul dan amalan yang berterusan akan merangsang tubuh untuk dibaikpulih dengan kadar segera.
Pengambilan herba alami yang tidak dicemari untuk tujuan perubatan adalah untuk mengembalikan keharmonian tubuh ke satu tahap di mana kekuatan fitrah di dalam tubuh dapat berfungsi semula secara semulajadi. Sistem imuniti ini secara semulajadi berupaya melakukan:
Pembersihan (self cleansing)
Penyembuhan (self healing)
Perlindungan (self protection)












Sistem Tubuh
Organ
Herba
Dos (pagi/tgh/mlm)
Amat Baik
Baik
Sederhana
Lemah
1
Penghadaman
Perut
Herba Tuju Angin
1/0/1
1/1/1
2/0/2
2/2/2
2
Penyerapan/ Penyingkiran
Usus Kecil / Usus Besar
Spirulina
1/0/1
1/1/1
2/0/2
2/2/2
3
Peredaran Darah
Jantung
Omega3
1/0/1
1/1/1
2/0/2
2/2/2
4
Saraf
Otak
Mengkudu
1/0/1
1/1/1
2/0/2
2/2/2
5
Imuniti
Limfatik
Teh Herba (Pegaga)
1/0/1
1/1/1
2/0/2
2/2/2
6
Pernafasan
Paru-Paru
Morinda
1/0/1
1/1/1
2/0/2
2/2/2
7
Pengencingan
Ginjal
Malac
1/0/1
1/1/1
2/0/2
2/2/2
8
Endokrin
Kelenjar
Roselle
1/0/1
1/1/1
2/0/2
2/2/2
9
Kerangka
Tulang
Radix
1/0/1
1/1/1
2/0/2
2/2/2
KELEBIHAN PRODUK KELUARAN HPA INDUSTRIES SDN BHD
1. Produk-produk HPA adalah selamat digunakan kerana melepasi ujian yang ditetapkan oleh Biro Pengawalan Farmasiutikal Kebangsaan (BPFK) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
2. Produk-produk keluaran HPA adalah suci dan halal.
3. Mengguna dan mengutamakan herba-herba tempatan yang lebih sesuai dengan permasalahan penduduk tempatan.
4. Produk keluaran HPA terbukti mujarab dan mampu di miliki dan digunakan oleh semua lapisan masyarakat.




PEMAKANAN KESIHATAN
Coscinium Plus
Paramaria Plus
Herba Tuju Angin
Radix
Vitex
Plantisol
Herba Keputihan
Ardisia
Ficus
Morinda
Malac
Pelawas
Herba Senggugut
O-Mega-3
Stoma-K
Shark Cartilage
Health-B
Roselle
Mengkudu
Omega-3 Soft Gel
Spirulina
Tablet Susu Kambing
Madu Asli

PRODUK KAPSUL (EKSTRAK)
D'TOrk
D'Karm
D'Heat
MINYAK
Minyak But-But
Minyak Herba
Tonik Pandan
Minyak Pati Sepang
PENJAGAAN KESIHATAN
Kosmetik
Shampoo Badan
Shampoo Rambut
Sabun Pegaga
Bedak Awana
Bedak Jasmin
Bedak Tompok Hitam
Bedak Delima
MINUMAN KESIHATAN
Teh Herba
Teh Asiatica
Kordial Pegaga
Kordial Roselle
Kopi Radix
SET BERSALIN
Set Bersalin
Barut Berherba
PRODUK BARU
Evergreen
Sinergi Pegaga dan Spirulina segar, baik untuk perkembangan minda
Lady Cheer
Produk penjagaan kesihatan daripada ramuan sireh hutan khusus untuk wanita

200 gm CUMA RM6.00 sahaja.

Mulakan hari anda dengan sumber semulajadi terbaik dari herba daun mambu dan bunga cengkih. Tidak mengandungi gelatin atau serbuk tulang. TANPA FLORIDA
"Ubat Gigi Herba" Telah Ada Dalam Pasaran. Dapatkan Segera Dari Pengedar2 Kami!!!

PERAWATAN DALAM ISLAM
Di dalam ketamadunan Islam dan sejarah perkembangannya, bidang teknologi perubatan telah lama dipraktik dan diamalkan oleh masyarakat terdahulu. Seorang tokoh perubatan Islam terkenal, Abu Ali Al Hussain Ibnu Abdullah (Ibnu Sina) menyatakan bahawa “Tujuan perubatan ialah untuk memelihara kesihatan yang sedia ada dan juga untuk mengembalikan kesihatan ketika hilang”.
Perubatan merangkumi 2 perspektif utama iaitu:
1.Perubatan Rawatan,
2.Perubatan Kawal-Cegah.
Sebagaimana Islam memberi keutamaan kepada aqidah, ia juga memberikan perhatian kepada bidang perubatan samada Perubatan Rawatan atau Perubatan Kawal-Cegah, sekali pun perhatiannya terhadap Kawal-Cegah itu lebih banyak.Sesungguhnya satu dirham untuk kawalan pencegahan dan berpantang itu lebih baik daripada wang yang bertimbun-timbun untuk berubat.
Islam mewajibkan setiap manusia memberikan hak yang sewajarnya kepada tubuh badannya. Diantaranya ialah merawatinya ketika ia sakit. Baginda Nabi Muhammad s.a.w. dalam beberapa hadisnya memerintahkan supaya orang yang sakit mendapatkan rawatan dengan berubat untuk menyembuhkan penyakitnya. Sabda Baginda Nabi Muhammad s.a.w.“ Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan untuk kamu bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Oleh kerana itu, berubatlah tetapi jangan berubat dengan yang haram” . Nabi s.a.w. sendiri berubat untuk dirinya dan menyuruh keluarga dan sahabatnya yang dihinggapi penyakit supaya berubat.
Apabila penyakit itu bertemu ubatnya maka sembuhlah ia. Itulah yang disebut sebagai keserasian. Namun dalam proses mencari ubat, manusia sering menemui jalan buntu apabila usaha-usaha yang dilakukan itu tidak berjaya. Sering kita dengar bahawa seseorang itu kadang-kadang dijangka tidak mempunyai harapan untuk terus hidup. Jika ia hidup usianya mungkin dalam jangka 6 bulan atau setahun. Jangkaan seumpama itu biar pun pada lazimnya atau pengalaman, kajian saintifik atau sebagainya tidak seharusnya dijadikan satu hukuman untuk tidak memberikan harapan hidup biar pun jangkaan ini benar-benar terjadi. Hanya Allah s.w.t. yang menentukan ajal maut seseorang. Walaupun doktor menjangkakan umur pada tarikh-tarikh tertentu, namun selagi jangkaan tarikh tersebut tidak menepati ketentuan Allah s.w.t. orang berkenaan tetap hidup.
Dalam kaedah perawatan Islam, unsur yang dapat menyembuhkan bukanlah ramuan ubat semata-mata tetapi juga unsur harapan kepada Allah s.w.t. yang tidak akan mensia-siakan orang yang bergantung kepadaNya. Setiap kali putusnya harapan dan cita-cita, maka sulit lagilah pesakit itu akan sembuh. Sesungguhnya rawatan yang hakiki mestilah merangkumi jasmani dan rohani sekali gus. Dengan pendekatan ini ramai para tabib atau doktor telah membuktikan mereka mampu merawat pesakit mereka dengan lebih sempurna dan sewajarnya. Akhirnya mereka telah menghasilkan keputusan yang cemerlang.
Maka selepas beberapa penyiasatan dan renungan yang mendalam, mereka telah membina satu falsafah baru mengenai rawatan ini diatas asas berikut:
1.Pengetahuan dalam bidang ilmu perubatan.
2.Pegangan dan kepercayaan kepada Allah s.w.t.
Manakala rawatan secara fizikal adalah menggunakan ubat-ubatan dan memanafaatkan pengetahuan dalam bidang ilmu perubatan. Rawatan jenis ini adalah diakui oleh Islam bahkan ada diantaranya disebut dalam Al Quran dan Hadis Nabi s.a.w..
Kesimpulannya, mendapatkan rawatan adalah dituntut oleh Islam sebagai satu langkah untuk memelihara dan menjaga nikmat kesihatan dan keselamatan tubuh badan. Dalam hal ini Islam melalui petunjuk Rasulullah s.a.w. bukan sekadar memberi galakan kepada orang sakit supaya mendapat rawatan, tetapi juga telah mengemukakan satu pendekatan terbaik untuk merawat penyakit iaitu pendekatan bersepadu yang menggabungkan usaha secara jasmani dan rohani. Islam juga terlalu menitik beratkan akan menjaga kebersihan kerana ia adalah tabiat pencegahan terbaik dalam menjaga kedua-duanya. Didalam kontek ketahanan atau penyebaran dakwah Islam juga ditegaskan dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim iaitu “Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik daripada mukmin yang lemah, tetapi kedua-duanya adalah baik”.
Prinsip-prinsip perawatan Islam
Prinsip Keyakinan - bahawa yang menyembuhkan adalah Allah S.W.T. Dalam merawat pesakit harus dilakukan secara ikhsan dan sesuai dengan syariat Islam.
Halal lagi Toyyib - tidak sekali-kali menggunakan ubatan yang haram atau bercampur dengan bahan yang haram.
Selamat - pengubatan yang tidak membawa mudharat, mencacatkan tubuh, kecuali jika keadaan sangat dharurat dan tiada pengubatan lain pada saat itu.
Tidak berdasarkan tahayul, kurafat dan bidaah.
Prinsip mencari yang lebih baik - berdasarkan kaedah Islam dan ilmu perubatan.
Mengambil sebab melalui ikhtiar serta tawakal.

019-8303690

No comments: